Wednesday, November 25, 2009
FIQH TANDAS |
Monday, November 23, 2009
Pendakian Gunung Dobong (Dobongsan)
“Suatu Suara untukmu” Hanif al-Ahmadi,Demi Al-Quds,2009 Duhai saudara seagamaku, Dimanakah kalian tika palestin dirempuh, Dibantai,diusir,diseksa oleh zionis laknatullah. Petualang yahudi makin asyik menghisap darah saudara kita. Apa yang telah kita lakukan untuk mereka? Dimana kita berdiri disaat mujahid-mujahid Yang darahnya semerah kita merayu bantuan sewajarnya? Dan mungkin kita makin tenang dalam penjara dunia paling indah ciptaan yang Maha Esa. Duhai saudara seagamaku, Al-Aqsa makin terjerumus dalam kegelapan Cahaya kiblat pertama kita makin suram Tanah kelahiran nabi-nabi kita kian diperkosa Generasiku,adakah kota ketiga yang dirahmati itu cuma milik bangsa Palestin? bukan,milik kita jua. Mengapa kita tidak mempertahankannya? Sanggupkah kita biarkan al-Aqsa dirogol oleh bangsa yang merempat itu? Bangkitlah wahai umat islam Dari mimpi yang membunuh realiti Mari bergandingan kita menghalau syurga ilusi Menjadi saladin alaf baru merobohkan tembok-tembok pemisah, memerangi dan menghalau yahudi dari bumi al-Quds. Mentautkan kembali bumi al-Quds, Melawan mereka dengan semangat jihad fi sabilillah Walaupun dengan hanya seketul batu dan suara takbir.. Demi membentengi al-Quds. Bangkitlah kalian, perteguhkan iman,tingkatkan amal, panjatkan doa dan kuatkankan saf ad-Din nan mulus marilah kita bersatu menentang kezaliman ini kita berikan kedamaian buat saudara kita sama-sama kita laungkan “satu suara untukmu”. |
Sunday, November 22, 2009
Mimpi seorang mujahid (Hanif al-Ahmadi:Demi al-Quds,2009) Di suatu pagi,aku tidak dapat melelapkan mata walaupun jam di dinding telah menunjukkan pukul 3.30 pagi,badanku agak penat,fikiranku agak bercelaru memikirkan masa-masa lepasku.Hatiku resah dan tidak tenang.Aku membuka jendela di depan meja belajarku,deruan angin yang sejuk mula merempuh pipiku,bunyi cengkerik-cengkerik yang sedang memuji Penciptanya kedengaran di telinga,aku mendongak ke langit dan melihat bintang-bintang menyinari malam yang sepi ini.Oh,indah sungguh ciptaaanNya!suara hatiku menyapa.Aku lihat kembali ke arah komputerku,aku lihat masih ada rakan-rakan yang masih belum tidur,“adakah aku perlu menceritakan kepada mereka keresahan ini?”Tanya hatiku.Aku ingin menceritakan keresahan ini namun aku takut aku akan menggangu mereka. Gema lagu “Palestin Tercinta” terus bergema di setiap sudut bilikku,aku fikir lagu ini mampu memuaskan hati yang resah ini,selembar demi selembar kitab agama yang tersusun rapi di rak bukuku itu kutelitikan,namun masih tidak lagi keresahan itu pergi.aku mencari berita-berita tentang Palestin,kulihat gambar saudara-saudaraku berlumuran darah di sana.ada yang tiada kaki,ada yang putus tangan,ada bayi ditembak di perut tanpa belas kasihaan,ada lelaki yang digiling badannya dengan kereta kebal,kiblat pertama umat islam iaitu masjid Al-Aqsa ingin dirobohkan.“MasyaAllah,sungguh zalimnya zionis laknatullah itu!” jerit hatiku.Kemarahan dan perasan geram mula memuncak dalam hatiku,mataku mula berkaca-kaca…persoalan mula menembak fikiranku yang sedang mengelamun”kenapakah aku tidak berbuat apa-apa untuk mereka? Adakah aku hanya sekadar membaca berita-berita? Adakah aku hanya menulis melalui ”Suara Pemuda” sahaja,adakah aku hanya melaung-melaungkan perjuangan ini tapi aku dibuai keseronokan dunia nyata mahupun maya.Muhasabah diri mula mencucuk hatiku,Hatiku terasa pedih dengan apa yang kulalui selama ini,aku fikir “kenapa aku mesti diuji sebegini ?Kenapa aku mesti fikir soal ini?”Air mata mula menitis ke kertas laporan kimia yang aku mesti hantar pagi esok.Aku tidak dapat menyiapkan kerja rumah itu kerana hatiku tidak tenang,fikiranku menjadi buntu,Kalaulah bunuh diri itu adalah penyelesaian yang terbaik dan halal,sudah tentu aku merempit dengan motor aku sahaja di pagi hari ini,aku ingin korbankan jiwa ini di jalanan agar aku tidak susah memikirkan soal hidup aku lagi,hilanglah keresahan hati ini,hilanglah kecelaruan fikiran ini..Laporan kimiaku dibasahi dengan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir. .Aku memanjat doa kepadaNya ”Ya Allah,aku bertaubat padamu,aku takkan buat lagi dosa-dosa itu,janganlah Kau ujiku lagi dengan apa yang aku tidak mampu menangungnya,janganlah kau campakkan aku ke dalam lembah nerakamu kerana tidak mempedulikan saudara-saudaraku,aku tidak mahu Ya Allah !!… aku tidak mahu.. Ya Allah!!!”menangis dan terus menangis memikirkan diri yang tidak berbuat apa-apa ini untuk saudara di bumi Al-Quds.Tangisan terus membasahi pipiku,ku menolak pintu bilikku dan terus bergegas ke tandas mendapatkan wudhuk.Ku hamparkan sejadah menuju kiblat, ku sujud dan ku pohonkan doa lagi“Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku sebelum ini,sekarang, dan yang akan datang.Jadikan aku antara-antara pejuang-pejuangmu di bumi Al-Quds,berikan aku syahid di akhir hidupku,aku mahu menjadi tentera-tenteraMu.Ya Allah,selesaikanlah segala masalah aku sebelum ini dan permudahkanlah perjalananku mencapai jihadMu”.Aku menggapai Al-Quran dan hatiku mula jadi tenang setelah membacanya..Ku hamparkan alas tidur di lantai dan menyelimutkan badanku yang dalam ketakutan andaikata aku mati sebelum berjihad pada jalanNya. Tiba-tiba,aku merasakan diri aku berada di Palestin,aku bersama tentera-tentera Hamas,aku berjihad bersama-sama mereka melawan Zionis di bumi anbia’ itu.Aku melilitkan serban seperti seorang mujahid Palestin,aku lilitkan lambang tentera-tentera Hamas di bahu dan kepalaku.Aku berasa sungguh bangga menjadi tentera-tentera Allah swt di kalangan mereka.setiap masa aku melakukan latihan ketenteraan bersama mereka.Matlamat aku untuk berjihad di jalan Allah swt menyebabkan aku tidak pernah berasa penat walaupun sedikit.Aku dapat merasakan Allah swt sedang mengajarku untuk menjadi seorang mujahid masa kini.Walaupun aku tidak pernah belajar memegang senjata dan melancarkan peluru al-Qassam namun aku telah dapat merasakan seperti sudah lama melakukan percubaan itu.Selepas itu,kami rehat sekejap dan menjamu sedikit roti kering lagi keras.Walaupun itu sahaja makanan untuk aku makan ketika itu namun itulah makanan yang paling terbaik yang aku pernah nikmati.Kami telah bersolat di atas padang pasir bersama-sama. Ukhwah antara kami sungguhlah indah,kami saling menyayangi antara satu sama lain walaupun kami baru sahaja kenal,kami bagaikan sudah mengenali seribu tahun dahulu. Debu-debu mula berterbangan menerjah pipi-pipi kami.Burung-burung mula berkicauan dan berterbangan,suara ketakutan di kota mula kedengaran membuatkan hati kami teruja,enjin-enjin helicopter penggempur Zionis,Apache mula kedengaran di setiap sudut kota Gaza yang membingitkan telinga.Aku dan pejuang-pejuang yang lain mula mengangkap senjata-senjata masing-masing dan mengambil tempat berlindung.Tentera-tentera Zionis mula mengempur kota Gaza dengan bedilan kereta kebal.kami cuba sedaya upaya melindungi anak-anak kecil dan wanita-wanita dari bedilan tentera zionis.Aku berjanji dengan diriku bahawa aku tidak akan berundur dari medan perang ini,aku akan mempertahankan Al-Quds ini sampai ke saat-saat akhir nafasku.Aku mula menyusun strategi peperangan dalam mindaku,aku mula menyusur liku-liku bangunan yang runtuh,banyak bom mula diledak dan peluru-peluru mula menghujani badan-badan yang tidak berdosa dan mencabut nyawa dengan kejam sekali.Aku marah dengan kezaliman itu bagaikan seekor serigala yang dahagakan darah,aku meredah sambil membedil-bedil ke kepala tentera-tentera Zionis laknatullah.Aku bagaikan ditemani tentera-tentera berbaju putih,mungkinkah itu bantuan dari Allah untuk kami? Tanya hatiku.Takbir “Allahuakbar” aku laungkan sekuat-kuatnya.Aku sungguh gembira melihat tentera Zionis tersungkur menyembah bumi kerana selama ini mereka tidak pernah menyembah bumi bersujud kepada sang Pencipta.Hampir beratus-ratus tentera-tentera Zionis mati bagaikan kambing busuk.Di saat akhir peperangan ini,aku melihat seorang anak kecil masih berkeliaran di jalanan menangis mencari si ibu dan si ayah tetapi di suatu sudut terdapat tentera-tentera Zionis sedang berkawal mengacukan senjata ke arah kanak-kanak itu,aku lari dari tempat perlindungan menuju ke arah kanak-kanak itu,aku mencapai kanak-kanak itu dan menolak ke tempat yang selamat.Badanku mula dihujani peluru-peluru Zionis,darah mengalir laju keluar dari tubuhku ,aku rebah ke bumi memanggil sang Pencipta,aku syukur cita-citaku untuk syahid di jalan Allah dimakbulkan,aku menutup rapat kedua-dua mataku menghembus nafas terakhirku. Walaupun aku telah ditembak mati oleh peluru-peluru zionis namun kurasakan denyutan-denyutan nadi aku masih lagi berdenyut.Tiba-tiba,aku terdengar ketukan pintu bilikku di dalam tidurku.aku berasa hairan kerana sebentar tadi aku berada di bumi Palestin,tapi kenapa kini aku berada di dalam kamar tidurku?aku kebingungan.Lamunan itu mula melayari di fikiranku disaat kehairanan mula memuncak.Berbekalkan denyutan-denyutan nadi dan lamunan itu,aku lantas bangkit dari tidur dan menggapai tombol pintu.Aku lihat kawan serumahku ,Amar mengejutkan aku untuk sama-sama solat subuh..Aku masih dalam lenaku dan fikiranku masih menerawang di kotak segi bilikku.Ketika aku mengambil wudhuk aku sedar,itu semuanya hanya sebuah mimpi. Walaupun itu hanya sekadar sebuah mimpi namun ianya memberi seribu satu makna dalam hidupku.Aku meneruskan perjalanan hidupku seperti biasa tetapi aku selalu mengelamun memikirkan jalan-jalan jihad yang boleh aku tempuhi untuk mencapai redhaNya.Aku mula mempertingkatkan ilmu-ilmu islam melalui perbincangan-perbincangan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, membaca buku-buku ilmiah untuk menambahkan ilmu,memikirkan keindahan alam yang mengagumkan agar kesyukuran terhadapnya makin bertambah,aku meningkatkan amalan soleh agar keimanan dalam diri semakin mantap,aku ingin berdakwah ke seluruh dunia agar nikmat islam ini dirasai bersama.hari demi hari diriku ditarbiyah untuk menjadi seorang mujahid yang akan membela umat islam suatu masa nanti.Aku tidak mahu hanya aku seorang sahaja yang menjadi mujahid di suatu masa nanti,namun aku juga ingin lihat di kalangan sahabat-sahabat aku turut bersama menjadi mujahidin pembela umat masa depan.Marilah wahai sahabat-sahabatku berjuang bersama-sama menegakkah kalimah Allah di muka bumi ini,sesungguhnya kemenangan islam itu adalah suatu kepastian.Selamat berjuang.. “20. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih Tinggi derajatnya di sisi Allah; dan Itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. 21. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat dari padanya, keredhaan dan surga, mereka memperoleh didalamnya kesenangan yang kekal, 22.Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar" (At –Taubah: 20-22). |
Friday, November 13, 2009
mengkaji hukum rokok untuk diri sendiri
Thursday, November 12, 2009
Bila kita tidak faham, kita ingin mengkajinya
Tuesday, November 3, 2009
Penjelasan tasawuf dan tarekat sufiyyah
| Bismillah,syukur kepada Allah swt kerana kasih sayangNya terhadap hamba itu tidak sama dengan kasih sayang kita yang selalu bermusim,selawat salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. kali ini saya ini memberi penjelasan sedaya yang mungkin berdasarkan sedikit pembacaan,ilmu dan pengalaman berada di kalangan orang-orang sufi dan setelah keluar ke dunia luar kulihat ada manusia yang tidak langsung tidak tahu dan lebih teruk lagi ada manusia yang mengutuknya dalam ceramahnya bersama murid-muridnya yang ramai.mereka menanam kebencian kepada murid-muridnya dengan jalan orang lain sedangkan dia tidak pernah merasai jalan itu.Mereka rasa jalan mereka itulah yang paling sempurna dan jalan mereka sahaja yang menepati dengan ahli sunnah wal-jamaah.Sekadar ingin berucap untuk menyedapkan mulut dengan menghina jalan orang lain dan mengutuk cara mereka,semua orang mampu berucap tetapi untuk merasai kebenaran itu agak pahit. Antara tuduhan-tuduhan terhadap tasawwuf dan tarekat sufi ialah soal asal erti perkataan tasawwuf,ada yang mengatakan cara mereka melakukan halaqah zikir,ada yang mengatakan zikir-zikir yang diamalkan oleh para sufi tiada dalam hadis,apatah lagi Al-Quran maka dituduhnya para sufi melakukan bidaah,ada yang mengutuk kerana anak-anak muridnya taksub terhadap keramat syeikh-syeikhnya,yang lebih teruk lagi apabila seorang mufti mengatakan tasauf dan tarekat sufiyyah ini suatu kerohanian yang sama seperti Buddha,Hindu...dan ada yang menuduh semua tarekat sesat kerana ukuran perbandingannya hanya pada tarekat-tarekat sesat dan ajaran-ajaran sesat Alaf 21 yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia dan di mana-mana. Disini ingin menjawab serba sedikit mempertahankan ilmu ini sebagai satu juzuk dari islam dan bukan kerana aku adalah ahlinya,maka aku agung-agungkan,dan agar orang-orang yang berceramah itu tidak memasukkan penghinaan dan kutukan mereka malah yang parah lagi mengatakan sesat dalam percakapan mereka.Kita hanya melaung-melaungkan kesatuan tetapi kita sendiri masih mengkafirkan dan mensesatkan orang lain tanpa usul periksa. Ilmu tasawwuf ialah ilmu yang membicarakan tentang proses penyucian jiwa.Tasawwuf terbahagi kepada dua iaitu tasawwuf muallaq dan tasawwuf mukhasafah..Tasawwuf muallaq ialah tasawwuf yang hanya membicarakan tentang sifat-sifat hati dan bahagian ini ialah fardhu ain dan wajib dipelajari oleh umat islam,manakala tasawwuf mukhasafah ialah hanya boleh dilalui proses mujahadah dan zikir-zikir yang bersanad disamping tarbiyah dari seorang syiekh yang mursyid. Disini pula,saya ingin menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas itu..soal nama taswwuf asal dari mana itu tidak penting tetapi maksudnya adalah lebih penting.maka samalah dengan ilmu fekah,di zaman nabi pun mana ada ilmu fekah malah islam itu hanya satu dari Rasulullah saw,cuma ia dibahagikan oleh ulama-ulama terkemudian untuk memudahkan kita mengenali bahagian-bahagian ilmu.Bahagian ilmu dalam islam adalah seperti dalam Hadis 2 oleh Imam Nawawi.Islam itu Fekah,Iman itu akidah/tauhid/usuluddin dan manakala ihsan itu ialah tasawwuf.Untuk mempelajari tasawwuf mukhasafah yang tidak wajib ini maka fardhu ain mestilah habis dipelajari secara berguru.Inilah perkongsian dari sedikitnya ilmu aku,mungkin banyak kesilapan tetapi jangan kerana kesilapan aku,tasawwuf itu dihukum..hukumlah aku.Istilah-istilah yang timbul ini orang hanya faham kepada nama tapi bukan kepada maknanya. Zikir-zikir para sufi tidak soheh dan bukan dari hadis- para sufi mendapatkan zikir-zikir itu dari syeikh masing-masing,syeikh-syeikh masing pula mendapatnya dari syeikh-syeikh mereka, syeikh-syeikh mereka pula mengambil dari tabiin tabiin,dan tabiin tabiin mengambil dari para tabiin,manakala tabiin mengambilnya pula dari sahabat-sahabat Rasulullah saw dan sahabat-sahabat pula mengambilnya dari Rasulullah saw,maka inilah dinamakan sanad/salasilah yang datangnya dari Rasulullah saw.Inilah yang boleh menjadi bukti As-sunnah dari Rasulullah saw.Mungkinlah masih ada manusia yang masih keliru,adakah ini sahaja yang ingin mengenali Allah swt..jawapannya tidak.Jalan untuk mengenal Allah swt terlalu banyak dan bukan dengan cara ini sahaja.Seumpamalah kita ingin menyelesaikan soalan matematik,mungkin kawan kita guna cara lain berbeza dari kita,manakala cara kita lain pula,cara guru lagilah lain..cuma keberkesanan terhadap individu itu mungkin berbeza.Sedangkan cara menyelesaikan matematik pun ada pelbagai cara,inikan pula jalan untuk mengenal Allah swt. Soal halaqah zikir itu tidaklah mampu saya untuk huraikan banyak-banyak disini dan mungkinlah saya boleh katakan halaqah zikir itu ialah sekadar zikir bersama-sama ahli dan bentuk gerakan-gerakan itu hanyalah sekadar latihan untuk badan zahir,manakala zikir itu adalah latihan bagi hati.Seterusnya,soal murid-muridnya yang taksub akan kekeramatan syeikh itu tidak bolehlah dinilaikan ilmu itu sesat kerana yang salah bukan ilmu itu tapi orang yang membawa ilmu itu yang salah.Apa yang lebih menarik lagi ialah apabila seorang mufti mengatakan tasawwuf ialah suatu korohanian yang sama seperti Buddha,Hindu..tapi mufti itu tidaklah salah cuma apabila tarekat yang benar dibanding dengan yang sesat,maka pandangan buruk dan kebencian terhadap tarekat itu akan makin bertambah dan ini akan menyebabkan generasi hadapan akan makin jauh dengan ilmu tasawwuf dan tarekat sufiyyah. Seterusnya, dibandingkan pula tasawwuf dengan tarekat-tarekat sesat yang gurunya belum sampai ke destinasinya susah ingin menjadi guru dan ajaran-ajaran sesat yang entah ambil dari mana,direka-reka..maka itukah perbandingan selayaknya?janganlah kesalahan ahli macam aku atau kita ini kita mengkafirkan/mensesatkan/menbidaahkan sesuatu puak itu..dan jangan pula kita membandingkan apa yang tidak setanding dengannya!!! dan jangan pula kita bercakap tentang benda yang kita tidak ketahui tentangnya..Tarbiyah secara sufi ini bukanlah suatu kewajiban untuk kita pelajari dan hanya dipersilakan bagi orang menghendakinya dan tidak mampu membersihkan diri dengan sendiri dengan penafsiran terhadap Al-Quran dan as-sunnah secara bersendirian,sesungguhnya tarbiyah sufiyyah juga merupakan tafsiran dari Al-Quran dan As-sunnah dan jikalau mampu ataupun ada jalan sendiri maka dipersilakan juga membersih dengan cara tersendiri dan semoga Allah memberi kejayaan..cuba kita hayati kata-kata ini: Imam As-Sya'rani (digelar sebagai As-Syafi'e As-Shoghir) menegaskan bahawa: "Kalaulah Imam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam dan Imam Izz Abdul Salam, sebagai Sultonul ‘Ulama', turut mengambil jalan sufi sebagai jalan membersihkan jiwa, dengan mengambil tarbiah dari para sufi, maka siapakah kita, untuk tidak mengambil jalan tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwa?" namun,masih banyak lagi jalan-jalan lain yang membawa kita kepada Allah swt.Jikalau itu dikatakan mampu menyucikan jiwa kita,maka teruskanlah berusaha dan selamat berjaya.Sesungguhnya semua itu hanya bertujuan SATU. Semoga sedikit penjelasan dari yang fakir ini akan merubah pandangan kalian terhadap golongan ini.Penulisan ini aku tuliskan kerana ingin membetulkan pandangan orang-orang yang salah faham terhadap golongan ini dan yang paling terpenting ialah kesatuan dalam umat islam.Semoga dengan sedikit usaha ini,kesatuan dalam umat islam dapat dicapai walaupun berbeza jalannya..amin. untuk menambahkan lagi pengetahuan yang lebih mendalam sila klik di bawah: |









